1953
Bulan 5 aku dilahirkan
Di sebuah negeri yang diberi nama
NEGERI SEMBILAN
Selepas itu aku dibesarkan
Di NEGERI KELANTAN
Aku belajar di sekolah orang putih
Dekat dengan Pasir Puteh
Saya Anak Malaysia ( 4X )
Lepas sekolah aku merayau
Negeri mat saleh aku merantau
Tempat orang indah sekali
Tapi MALAYSIA dekat di hati
Saya Anak Malaysia ( 4X )
Sampai masa aku pun balik
Tapi makweku nampak pelik
Dia kata nak jadi apa
Aku kata itu Tuhan punya kuasa
Saya Anak Malaysia ( 4X )
Lemah lembut sopan santun
Sudah menjadi darah dagingku
Walaupun aku nampaknya kutu
Aku hormat orang tuaku
Saya Anak Malaysia ( 4X )
-end-
i bet u all know how the song sounds.
dan sekarang merupakan bulan merdeka, lagu ini dimainkan semula di corong-corong radio untuk menaikkan lagi semangat ‘ke.Malaysia.an’ bagi semua yang mengaku warganegara ini.
jadi teringat kembali lebih 20 tahun lepas (wah, sebegitu mudakah aku?), waktu masih bermastautin di kampung pasir lama (area setinggan a.k.a setinggarden).. lirik lagu tu telah dimodifikasikan sedikit oleh aku yang ternyata memang berbakat bab-bab pengolahan lagu hehehe..
tang modifikasinya kat:
Saya Anak Malaysia ( 4X )
my version:
Saya Anak Indonesia ( 4X )
saya sendri kurang pasti kenapa saya menyanyikan sebegitu liriknya. yang pasti, itu antara kejadian zaman saya semasa masih kecil yang masih kuat dalam ingatan. dan sejak itu, kakak abang sy panggil saya ‘boyan’. oh, bukan mereka sahaja, makcik2 sebelah ayah pon suka panggil saya sebegitu rupa. sampai sekarang.
apepun, selamat menyambut hari merdeka semua! dan jangan lupa puasa the next day
alhamdulillah, cuti on the 1st day of puasa
p.s. bulan puasa nak kuih akok!