taste your own life!

me. and all between the sky and land :)

Kad Raya September 11, 2008

Filed under: Daily — shamamia @ 2:18 am
Kad Raya TM tahun ini beserta pekerja TM

Kad Raya TM tahun ini bergambar bersama salah seorang pekerja TM

Rasanya sekarang ni sangat sukar kita nak dapat kad raya daripada kenalan. Almaklum, zaman pantas dan tangkas serba canggih ni semua pun pakat hantar e-card aja. Maklum aja, ianya mudah, pantas dan yang penting tidak melibatkan kos!

Tapi, kad yang realiti lebih tinggi nilai sentimental nya. Dulu (oh, sangat tua bunyinya) dengan adik-beradik siap lumba ’siapa paling glamour‘ berdasarkan jumlah kad raya yang masing-masing dapat (juara bertahan neh hehe). Malam raya bekerja keras gantung kad raya di celah-celah pokok palsu, di atas meja tepi, di dinding dan merata-rata (almaklum, banyak dapat). Sekarang, dapat kad raya mampu simpan aje.. sebab tak sanggup nak gantung setakat 2-3 keping kad raya (oh, sadis-afgan).

Sekarang ni, nak pantas lagi hantar MMS, SMS dah cukup untuk ucap Eid Mubarak. Tak sampai seminggu, harta-harta ucapan itu dibuang begitu sahaja. Tiada bukti kenangan.

Apapun, tak dapat hantar kad raya pun tak apa, yang penting ingatan kita kepada teman-rakan-taulan. Kan? Kan?

Tahun lepas, kad raya adalah dapat 5 keping (kalau tak salah). Lepas tu pegi collect kad raya tahun sebelumnya, dapat gak la lebih 20 keping. Serata Malaysia hantar kad :D (disamping dengan ikhlas meminta maaf terhadap keterlanjuran terhadap hamba-hambaNya).

Tahun ini, kampeni tempat saya bekerja telah menetapkan allocation untuk staf (executive ke bawah) HANYA TIGA kad (!!!!!!!!). So, to whom should I send these THREE cards? Aku emo. Ingat 3 orang je ke sahabat handai gue? Lepas ni nak keliling ofis tanya bos-bos dan kawan-kawan sambil menjaja ayat di bawah:

“nak guna tak kad raya? kalau tak nak kasi saya *grin*”

Hmm.. pada siapa nak kasi kad yang cuma tiga ini ya??

hmm..

hmm..

 

16 Responses to “Kad Raya”

  1. daybab Says:

    eeemmmm… kalau gwe ngak dapat kad raya….

  2. akhyari Says:

    errrr….cukup “menegangkan” ceritanya. Yang saya heran bin terkejut bin setengah-nggak-percaya, ada yaaa….orang orang yang berpose seperti itu untuk menyesuaikan alur cerita blog…
    hehehehe.

  3. ely Says:

    ko nk ke kad raya dr aku mam..hiksss

  4. Raina Says:

    hahah entry bergambar….dahla kad sedondon dgn tudung lak tu

  5. budak comot Says:

    mesti ko suka kan kad tue…
    saya sgt suka…
    tahun lepas sy dpt 2 kad raya
    syahdu gile rasanya

    sungguh tm tak membazir

  6. shamamia Says:

    maya: x dapat kad raya pun kena kasi duit raya kan?
    mas ary: jangan heran, nikmati aja :P
    ely: kecik tanah di KL, tanah di Jogja kutadahkan (haha!)
    raina: sbb tu semangat bergambar curi2 hehe
    yan: sangatttttttttttttt sukaaaaa :D tuh la.. takpe2, kakak admin aku nak kasik lagik kad kat aku hehehe

  7. azreen Says:

    saya lebih suka kad kertas dari kad elektronik! lebih bernilai.. :D

  8. daybab Says:

    shamamia …. nak kuih raya ke??? kat jln T.A.R banyak…. wkakakakakaka

  9. shamamia Says:

    azreen – tak ternilai kalau dapat :D
    maya – DUIT raya aaahh kuih raya, makan kat rumah orang je :P

  10. Farina Says:

    csr tak kasik pun officers. bosses je dpt. seb baik boss aku indian, so he passed me a stack last year, tahun ini belum tentu.

    maka…bersyukurlahhhh…hahahaha

  11. ummum Says:

    tq mam ko nk bg kt aku, terharuu.. lalalla :P ~

  12. Cik Naem Says:

    kad raya aku pon makin kurang bilangannyaa… thn lepas tak igt ada dpt ke tak.. tp, kad raya kosong kat tgn aku msh ada bbrp keping lg… hehehe

  13. minatgiler Says:

    hhaha.. sila amik saya punya.. tak penah anta pon kat sapa2 pon..

  14. zeti zainal Says:

    Takpelah Ayu..aku redha..hahahahah..

    Wish raya kat umah mak ngah@umah alang..manelah yg kite berjumpe..

    Anyway, read your entry pasal abg jim’s wedding..thank you for the doa..aku jugak yg sedih..wedding abg sendiri, ade exam..hampeh!!

  15. shamamia Says:

    series sab? okeh, gua sapu.. :P

    zeti, tu yang best tu.. mencabar gilew! haha :P

    ape mam? tahun lepas dah dapat kan? xyah aa.. 5 tahun sekali ehehe

    nahem, nanti gue tambahkan koleksi anda untuk tahun ini ;)

    yea farina, bersyukurlah kamu… (eh?)

  16. suria ahmad Says:

    emm kan best kalau dapat kad raya dulu banyak dapat skarang ni nak dapat satu pun susah


Leave a Reply