Rasanya sekarang ni sangat sukar kita nak dapat kad raya daripada kenalan. Almaklum, zaman pantas dan tangkas serba canggih ni semua pun pakat hantar e-card aja. Maklum aja, ianya mudah, pantas dan yang penting tidak melibatkan kos!
Tapi, kad yang realiti lebih tinggi nilai sentimental nya. Dulu (oh, sangat tua bunyinya) dengan adik-beradik siap lumba ’siapa paling glamour‘ berdasarkan jumlah kad raya yang masing-masing dapat (juara bertahan neh hehe). Malam raya bekerja keras gantung kad raya di celah-celah pokok palsu, di atas meja tepi, di dinding dan merata-rata (almaklum, banyak dapat). Sekarang, dapat kad raya mampu simpan aje.. sebab tak sanggup nak gantung setakat 2-3 keping kad raya (oh, sadis-afgan).
Sekarang ni, nak pantas lagi hantar MMS, SMS dah cukup untuk ucap Eid Mubarak. Tak sampai seminggu, harta-harta ucapan itu dibuang begitu sahaja. Tiada bukti kenangan.
Apapun, tak dapat hantar kad raya pun tak apa, yang penting ingatan kita kepada teman-rakan-taulan. Kan? Kan?
Tahun lepas, kad raya adalah dapat 5 keping (kalau tak salah). Lepas tu pegi collect kad raya tahun sebelumnya, dapat gak la lebih 20 keping. Serata Malaysia hantar kad
(disamping dengan ikhlas meminta maaf terhadap keterlanjuran terhadap hamba-hambaNya).
Tahun ini, kampeni tempat saya bekerja telah menetapkan allocation untuk staf (executive ke bawah) HANYA TIGA kad (!!!!!!!!). So, to whom should I send these THREE cards? Aku emo. Ingat 3 orang je ke sahabat handai gue? Lepas ni nak keliling ofis tanya bos-bos dan kawan-kawan sambil menjaja ayat di bawah:
“nak guna tak kad raya? kalau tak nak kasi saya *grin*”
Hmm.. pada siapa nak kasi kad yang cuma tiga ini ya??

