taste your own life!

me. and all between the sky and land :)

Beraya 3 Rasa September 27, 2008

Filed under: Daily — shamamia @ 9:42 am

Malam tadi Iftar di Kg Baru (lagi)

Asalnya nak bawa Memel iftar di luar kawasan rumah i.e. di Restoran Ros (satay minang) tapi x menjadi jugak. Akhirnya buka di rumah No. 10 itu jualah adanya… Terima kaseh tuan rumah yang sudi menerima kami-kami ini :D Lain kali kami buat lagi :P  Thanks juga Mr Organizer.

Tuan rumah selamat berterawikh, kami-kami (Me, Lin, Raina, Yan & Ummum) sukses ke Pasar Ramadhan jalan TAR (yang akan ujud smp pagi Syawal nanti). Saja-saja pegi. Tak cari apa pun, saja nak lihat gelagat orang yang x habis2 shopping, dan gelagat tukang2 jual yang lucu-lucu. Ehehehe.. Yang paling ingat ini lah (seperti tajuk di atas) – ingat masak aje ke yang ada 3 rasa? Baju pun ada taooo.. ho7

Tukang Jual:

“Mari beli baju ni kak, nanti beraya 3 rasa kalau pakai baju ni.. rasa nak Raya, rasa nak Bertunang, rasa nak Nikah

Gue rasa nak gelak sakan aje.. Baju yang dijual tu 2 pasang – Baju Kurung & Baju Melayu. Sedondon. Warna krim. Memang wajar la kalau pakai punya 3 rasa yang dia sebut tu. Hehehe… Takpelah bang, saya memang ada 3 rasa tu, tapi kang baju melayu tu nak kasi pada siapa untuk dirasakan? Ahahaha

Takde snap-snap foto pon. Sesak! (Tapi kalau punya D80 aku snap juga :P ). Oh, sempat beli lampu lip-lap. Dah pasang pun. Malam nanti bole foto dan upload :D

p.s. Minal A’Idin wal Faizan teman-teman. Selamat menyambut Hari Lebaran. Maaf Lahir & Batin :)

 

Escapisme September 25, 2008

Filed under: Libur — shamamia @ 2:38 am

Lokasi – Kampungku Sungkai terchenta

Momma: Ko carikan la mana-mana ustaz untuk Ayu ni.. tapi jangan lama-lama, nanti tak laku (duhhh..menusuk kalbu wahai mommy)

Sedara: Ha, ada sorang ustaz muda ni baru mengajar.. boleh la ditanyakan (bukan ustaz kebanyakannya kawen awal ke?)

Aku tekad: Kawan-kawan, jom lari Raya ni? Raya kat Bali pon menarik, cuti kan lama~

 

Hampir ke situ September 25, 2008

Filed under: Daily — shamamia @ 2:18 am

Ramadhan nak habisss….oh no!

Masih sempatkah?? Resolusi tak menjadi pulak nanti.. duh…

 

Zek, marilah berkompang September 24, 2008

Filed under: Daily — shamamia @ 4:44 am
bila sena nak berbunga?

bila sena nak berbunga?

Buku yang dah lunyai.

 

Al-Fatihah September 24, 2008

Filed under: Family — shamamia @ 1:53 am

Recieved calls from kampung after sahur yesterday.

Kaget. Sangat.

Smsed Boss and colleagues for urgent leave notification.

By 8am, we already at kampung.
At that time, jenazah tak mandi lagi.
We sit and recites ayatul Quran for him… for the last time in front of him.
It saddened most of the family, especially when only several days left before Muslims celebrate Idul Fitri.
Banjir~
Alhamdulillah, selamat dikebumikan by 11am. Sangat pantas orang2 kampung bekerja.

Hj Ahmad Yusof

Hj Ahmad Yusof at the age of 69

You will always be missed Pak Long.

p.s. ajal maut jodoh Allah jua yang menentukan.

 

Bila sena kembali berbunga… September 18, 2008

Filed under: Daily — shamamia @ 1:19 am

“Kompang di hati ini, kau yang palu Zek!”

 

p.s. baca lagi buat kesekian kalinya~

 

Berapa banyak? September 16, 2008

Filed under: Daily — shamamia @ 12:50 am

Hitung-hitung, berapa banyak kesalahan lalulintas (minor) yang anda lakukan dalam masa sehari (terutamanya waktu pergi/pulang kerja)?

 

Kenapa waktu pergi/pulang kerja?

                - waktu itu anda lagi buru-buru (sedikit lambat ke kantor hehe)

                - jumlah kenderaan yang banyak (carpool itu apa?)

                - kejar masa untuk nonton sinetron jam 5 (ohoho)

                - capek seharian kerja, pengen pulang dan menikmati baring-baring

 

*kalau lambat banyak, jalan sudah clear ;)

 

Jadi, berapa banyak? Kalau saya insyaAllah minimal 5. Kebanyakkannya melanggar lampu isyarat yang bewarna merah (hijau-kuning x langgar la :P ) di kawasan-kawasan yang tak perlu tunggu lampunya bertukar warna hijau i.e. kawasan rumah kerajaan Jalan Duta dan kawasan perumahan Bangsar/Jalan Pantai. Lampu isyarat yang banyak menyebabkan saya mungkin membazir 10 menet waktu perjalanan. Jadi, jika kiri-kanan tiada kereta, perjalanan harus diteruskan tanpa rasa bersalah hehe

 

Sekian.

 

Oh yea, tambahan kesalahan – menaip di dalam kereta sewaktu ngantri untuk U-turn ;)  

 

Kad Raya September 11, 2008

Filed under: Daily — shamamia @ 2:18 am
Kad Raya TM tahun ini beserta pekerja TM

Kad Raya TM tahun ini bergambar bersama salah seorang pekerja TM

Rasanya sekarang ni sangat sukar kita nak dapat kad raya daripada kenalan. Almaklum, zaman pantas dan tangkas serba canggih ni semua pun pakat hantar e-card aja. Maklum aja, ianya mudah, pantas dan yang penting tidak melibatkan kos!

Tapi, kad yang realiti lebih tinggi nilai sentimental nya. Dulu (oh, sangat tua bunyinya) dengan adik-beradik siap lumba ’siapa paling glamour‘ berdasarkan jumlah kad raya yang masing-masing dapat (juara bertahan neh hehe). Malam raya bekerja keras gantung kad raya di celah-celah pokok palsu, di atas meja tepi, di dinding dan merata-rata (almaklum, banyak dapat). Sekarang, dapat kad raya mampu simpan aje.. sebab tak sanggup nak gantung setakat 2-3 keping kad raya (oh, sadis-afgan).

Sekarang ni, nak pantas lagi hantar MMS, SMS dah cukup untuk ucap Eid Mubarak. Tak sampai seminggu, harta-harta ucapan itu dibuang begitu sahaja. Tiada bukti kenangan.

Apapun, tak dapat hantar kad raya pun tak apa, yang penting ingatan kita kepada teman-rakan-taulan. Kan? Kan?

Tahun lepas, kad raya adalah dapat 5 keping (kalau tak salah). Lepas tu pegi collect kad raya tahun sebelumnya, dapat gak la lebih 20 keping. Serata Malaysia hantar kad :D (disamping dengan ikhlas meminta maaf terhadap keterlanjuran terhadap hamba-hambaNya).

Tahun ini, kampeni tempat saya bekerja telah menetapkan allocation untuk staf (executive ke bawah) HANYA TIGA kad (!!!!!!!!). So, to whom should I send these THREE cards? Aku emo. Ingat 3 orang je ke sahabat handai gue? Lepas ni nak keliling ofis tanya bos-bos dan kawan-kawan sambil menjaja ayat di bawah:

“nak guna tak kad raya? kalau tak nak kasi saya *grin*”

Hmm.. pada siapa nak kasi kad yang cuma tiga ini ya??

hmm..

hmm..

 

Panggilan Tengik! September 10, 2008

Filed under: Daily — shamamia @ 11:50 pm

Saking datang awal ke kantor hari ni, topik hotchat pun tak dapat dengar. Di kantor memang tak dengar radio. So, tiada entry untuk hotchat. Sempat dengar panggilan hangit (plus fakta/auta) sahaja. Hm… ade siapa2 tak yang wajar dihangitkan?

Sampai ofis jam 7.40 dan langsung buka gmail (for GoogleTalk) dan blog. Oh, sungguh pekerja yg efektif dan efficient.

Target hari ni, pkl 5 sampai rumah. Mo nonton Pesantren Cinta :D

Jadi, semangatlah dunia!

 

Pengorbanan Cinta September 10, 2008

Filed under: HotChat! — shamamia @ 3:26 am

Pagi ni pulak hotchat seperti tajuk di atas.

No komen.

Tapi to those lelaki yang berjaya menyusahkan kawan2 aku setelah apa yang dikorbankan, i hate u guys.

Thanks.